The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Ulasan Perlawanan Piala FA 1 : Selangor FC vs Harini FT

Mar 13, 2022 - FAS

Selangor FC mendominasi laman sendiri dengan kemenangan 6-0 menentang Harini FT Jumaat lalu dalam saingan Piala FA 2022 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Biarpun menentang pasukan M3, ini merupakan beberapa perkara penting daripada perlawanan semalam menjadi antara peningkatan yang baik oleh pasukan dan pemain secara individu untuk dibawa ke aksi seterusnya.

1. Hatrik pertama Herlison Caion untuk Selangor FC musim ini!

  • Caion telah menjaringkan gol sulungnya dalam Piala FA 2022 dengan menanduk masuk hantaran baik daripada Mukhairi Ajmal pada minit ke-17 perlawanan. 
  • Dua lagi jaringanya golnya merupakan hasil daripada gandingan bersama 'Brazillian Duo' beliau, Hyuri Henrique, yang telah membuat hantaran baik dan Caion menyudahkannya pada minit ke-63 serta ke-66. 
  • Penyerang Gergasi Merah ini bukan sahaja menjaringkan gol dalam perlawanan ini, namun beliau juga telah membantu Hyuri menjaringkan gol sulung Piala FA nya pada minit ke-28.

2. Kemenangan besar serta rekod Clean Sheet pertama pasukan untuk perlawanan kedua dalam kancah Liga Malaysia 2022.

Gandingan seimbang antara pemain senior dan pemain muda telah menjayakan kemenangan besar ini dengan 6 jaringan gol yang merupakan rekod jaringan terbanyak pasukan serta saingan Piala FA setakat ini. 

Menurut Ketua Jurulatih, Michael Feichtenbeiner:

"Perlawanan ini juga adalah medan terbaik untuk kami berikan pendedahan kepada beberapa pemain muda di dalam pasukan. Gabungan pemain senior dan muda ini dapat meningkatkan keserasian pemain di dalam pasukan kami. Saya berpuas hati dengan persembahan keseluruhan dan mereka bermain seperti yang saya jangkakan."

Selain itu, ini juga merupakan Clean Sheet pertama pasukan yang menampilkan debut buat penjaga gawang baharu Gergasi Merah, Samuel Somerville.

3. Rekod peribadi pemain-pemain muda Selangor FC dalam perlawanan semalam:

  • Perlawanan pertama saingan Piala FA buat Sharul Nazeem (23 tahun), Quentin Cheng (23 tahun), Danial Asri (22 tahun), Mukhairi Ajmal (21 tahun), Syahir Bashah (21 tahun) dan Azrin Afiq (20 tahun).
  • Dua hantaran tepat Mukhairi Ajmal disudahkan dengan jaringan gol sulung buat Caion dan jaringan ke-270 Selangor dalam saingan ini daripada Kapten pasukan, Safuwan Baharudin.
  • Gol senior pertama Syahir Bashah telah dijaringkan pada minit ke-46 hasil daripada hantaran baik pemain pertahanan kiri, Azrin Afiq yang juga membuat rekod bantuan gol pertamanya musim ini.
  • Kemunculan Alif Izwan, pemain termuda Selangor FC dalam pasukan yang telah dimasukan pada minit ke-61 untuk perlawanan Piala FA ini. Baru sahaja menandatangi kontrak bersama kelab, beliau telah beraksi dengan penuh keyakinan bersama pasukan senior semalam.

Selangor FC bangga dengan pencapaian ini dan mengharapkan rekod-rekod baik seperti ini berterusan sehingga hujung musim. Tahniah Gergasi Merah! 

Demi Kebanggaan!